Artikel

Lebih 3.65 Juta Individu Kini Telah Berdaftar Perolehan Vaksin Di MySejahtera

Sehingga kini, pendaftaran bagi suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera telah mencecah pada angka 3,658,538 individu.

Berdasarkan ciapan rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini (8 Mac) telah memperlihatkan peningkatanpada pendaftaran di aplikasi. Negeri Selangor tampil antara negeri yang tertinggi melakukan pendaftaran tersebut sekitar (1,408,115 individu).

Sementara itu Johor dan Kuala Lumpur pula antara kawasan pendaftaran yang tertinggi menyusul setelah Selangor dengan lebih 320,000 individu berdaftar di aplikasi.

Manakala bagi jumlah individu yang telah divaksinasi pula kini mencecah pada paras 139,720 individu. Setakat ini, Sarawak masih lagi menjadi pendahulu berhubung penerimaan suntikan vaksin COVID-19 dengan seramai 22,140 individu telah menerima dos pertama, disusuli Pahang dengan 14,473 penerima suntikan dos pertama.