Artikel

M&S Sasar Perluasan Jualan Secara Atas Talian, Inginkan Tingkatkan Pasaran Luar Negara

Bagi merancakkan semula operasi perniagaan – tidak lama lagi Marks & Spencer akan mengembangkan penggunaan laman mereka pada 46 buah pasaran luar negara baharu untuk memulihkan kembali pertumbuhan antarabangsa mereka.

Syarikat Britain itu menyasarkan perluasan jenama secara atas talian pada lebih 100 buah negara, dengan menawarkan kaedah penjimatan kepada pengguna.

Langkah ini bertujuan memenuhi keperluan pengguna, berikutan pandemik COVID-19 rata-rata pengguna lebih memilih melakukan pembelian secara atas talian – perkara ini diperlihat menerusi peningkatan jualan melonjak 75% ketika separuh pertama.

Menerusi penerapan laman web baharu ini – pelbagai tawaran produk akan dilampirkan, ia akan meningkatkan lagi permintaan pasaran.

Menurut Pengarah Antarabangsa M&S Paul Friston langkah perluasan jualan secara atas talian ini mampu meningkatkan kembali keuntungan kumpulan. Selain itu, tidak hanya pasaran atas talian sahaja menjadi tumpuan tetapi penurunan harga barangan juga akan dilakukan.