Artikel

Jualan Restoran Dan Kafe Papar Penurunan 18.8% Pada Suku Akhir 2020

Pasaran negara kini memaparkan penurunan berikutan kesan COVID-19 yang melanda negara sejak tahun 2020 lagi. Kemerosotan ini jelas terpapar pada laporan Retail Group Malaysia (RGM) bagi suku akhir 2020.

Antara yang memaparkan penurunan adalah prestasi kedai makanan dan minuman. Di mana restoran dan kafe telah menurun 18.8% berbanding tahun lalu. Selain itu, jualan di gerai turut menurun pada kitaran 14.9%.

Pasaran runcit juga turut menunjukkan penurunan, dengaan mencatatkan -19.7% berbanding pertumbuhan positif pada tahun 2019 iaitu 3.8%.

Penurunan suku akhir 2020 dari pertumbuhan positif ini jelas memberi kesan yang mendalam kepada rakyat negara – di mana beberapa premis terpaksa mengalami penutupan sementara operasi untuk suatu jangka yang lama dan berulang.

Tidak hanya bahagian peruncitan, tetapi turut meliputi jualan pasar raya di mana telah merosot 19.6%. Sementara itu, bagi operasi kedai serbaneka dan pasar mini pula masih memaparkan pertumbuhan yang positi, pada kitaran 10.2%.

Melihat pada momentum pasaran negara kini, RGM menyasarkan pertumbuhan positif mampu dicapai oleh negara – akan tetapi langkah itu dijangka mengambil masa secara berperingkat, berikutan agihan bekalan vaksin dan sekatan perjalanan negara masih berlanjutan.