Artikel

Sekitar 2.7 Juta Pekerjaan Berjaya Diselamatkan Menerusi PSU – MOF

Seperti yang kita ketahui November 2020 lalu, kerajaan telah mengarapkan 6R iaitu Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise dan Reform untuk membantu semula struktur ekonomi negara.

Memahami tuntutan itu, pelbagai bantuan dan kaedah telah dilampirkan untuk negara – misalnya sekitar 2.7 juta pekerjaan berjaya dibantu menerusi bantuan dana RM14.4 bilion Program Subsidi Upah (PSU).

Tidak hanya pekerjaan – seramai 320,000 majikan juga turut memperolehi manfaat bantuan tersebut.

Pada masa yang sama, Kementerian Kewangan masih lagi optimis akan sasaran pembangunan peluang pekerjaan negara sekitar 500,000. Jangkaan ini meliputi inisiatif mengurangkan kadar pengangguran negara yang ketika ini memaparkan paras 4.8%.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul pada laporan The Borneo Post menyatakan penawaran peluang ini merangkumi peningkatan pada produktiviti dan kemahiran individu. Di bawah Program JanaKerja difahamkan sekitar 200,000 peluang pekerjaan membabitkan kemahiran dan latihan semula.

Sementara itu 50,000 pula adalah di bawah inisiatif MyStep. Manakala 250,000 peluang pekerjaan lagi dibawah penawaran Majlis Pekerjaan Negara. Sasaran mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan ini adalah untuk melaraskan semula pertumbuhan dan aliran ekonomi negara.