Artikel

Kelak, Kita Akan Melihat Penghantaran Barangan Melalui Dron Di Kawasan Bandar

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), selaku Sekretariat Utama Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) hari ini telah melancarkan Sandbox Penghantaran Melalui Dron di Kawasan Bandar.

Melaluinya, beberapa syarikat akan dapat menguji dan melihat penggunaan jangka panjang untuk perkhidmatan penghantaran barangan melalui dron di kawasan bandar.

Hantar Dron

Salah satu syarikat yang turut akan menguji penghantaran barangan melalui dron ini adalah AirAsia untuk pembelian melalui AirAsia Shop.

Fasa pertama projek penghantaran ini akan diuji di Cyberjaya, sekaligus menguji keupayaan, pengalaman, proses kelulusan, kesediaan dron dan pengembangan perkhidmatan oleh pengendali dron. Sekiranya berjaya, perkhidmatan penghantaran ini dijangka akan dilancarkan serta diperluaskan di luar persekitaran sandbox.