Artikel

Kepelbagaian Kemahiran – Dapat Tingkatkan Kebolehpasaran Belia Pada Pertumbuhan

Keperluan memiliki kemahiran kini dianggap sebagai sesuatu perkara yang wajib, dan wajar dalam diri individiu – khususnya untuk merebut peluang pekerjaan ketika era pandemik COVID-19.

Belia negara ketika ini diseru untuk melengkapkan diri dengan kemahiran tertentu, seiring dengan bidang pekerjaan yang ingin diceburi. Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada Forum Ekonomi Belia mengakui perkara itu sesuatu yang penting dan perlu difokuskan oleh belia negara.

Ia berikutan fokus negara kini mulai tertumpu kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan mewah. Seharusnya peluang itu dimanfaatkan sebaikknya.

Ini kerana menerusi kemahiran ia dapat meningkatkan taraf pendapatan ekonomi negara yang lebih mampan. Antara penambahbaikan yang perlu diberi tumpuan adalah penerapan teknologi, digitalisasi, kualiti pendidikan dan pelaburan negara.

Melalui fokus ini ia dapat menghasilkan pasaran buruh yang lebih berkualiti dan meningkatkan produktiviti negara dalam perkukuhakan perusahaan mikro. Adanya penelitian semula dalam beberapa aspek ini – ia tidak sekadar meningkatkan pembangunan ekonomi tetapi turut memperkasakan kebajikan tenaga kerja.