Malaysia kini harus mempelbagaikan penglibatan negara dalam penghasilan produk baharu. Itu saranan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang pelancaran Forum Ekonomi Belia 2021 hari ini (5 Mac).
PM Muhyiddin melihat peluang ekonomi dapat diwujudkan sekiranya negara bertindak menjadi peserta eksport global pada pasaran dagangan.
Cadangan ini tidak hanya memberi sentimen yang positif kepada pertumbuhan negara sahaja namun turut akan mempengaruhi pendapatan negara.
Selain itu, saranan mewujudkan Syarikat Multinasional (MNC) juga harus diperkasakan oleh negara – ia dilihat antara faktor pendorong yang membawa peningkatan kepada pertumbuhan ekonomi.
Perkara ini turut disarankan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir minggu ini bahawa penguasaan teknologi serta sasaran pengeluaran industri perlu dilaksanakan untuk pasaran dunia oleh Malaysia.
Kebergantungan pada kemasukan pelaburan asing (FDI) tidak memadai untuk pertumbuhan ekonomi negara.