Pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam (4 Mac) – terdapat beberapa persoalan berhubung arahan bekerja dari rumah (BDR) ketika ini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, arahan tersebut masih lagi kekal terpakai.
Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan), setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang makluman perubahan arahan BDR dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perkhidmatan Awam.
Maka, buat masa ini arahan tersebut masih lagi terpakai kepada pekerja yang tertakluk di bawah penguatkuasaan tersebut.
Seperti yang umum ketahui sejak 22 Oktober 2020 – penerapan BDR telah dilakukan di mana hanya 30% kakitangan sektor awam dibenarkan bekerja. Menerusi pelaksanaan itu, dijangka sekitar 200,000 tenaga awam perlu melakukan tugasan di rumah sahaja.