Orang awam ketika ini dinasihati untuk tidak gusar akan status bekalan vaksin COVID-19 negara. Ini kerana, Malaysia telah melakukan tempahan vaksin melebihi 108% daripada populasi rakyat negara.
Perkara itu telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dn Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berhubung isu kebimbangan orang awam akan status bekalan vaksin.
Seperti yang umum ketahui, bagi suku pertama 2021 – sekitar 1 juta dos vaksin COVID-19 akan diagihkan kepada rakyat negara. Usaha suntikan fasa pertama vaksin ini meliputi kumpulan petugas barisan hadapan dan beberapa kumpulan lain.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini ini telah menyatakan agihan suntikan vaksin itu akan dijalankan secara berperingkat dan beberapa fasa sehingga ia mencapai kadar keseluruhan selama 12 bulan.
Maka, semua orang awam diminta mendaftarkan diri bagi penerimaan suntikan vaksin pada aplikasi MySejahtera. Langkah ini sebahagian usaha negara untuk menangani penularan pandemik dengan lebih berkesan.