Zoo Negara antara premis yang cukup terkesan berikutan penutupan sementara operasinya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Kini ia bakal dibuka semula dan menawarkan diskaun 20% bagi setiap tiket kemasukan.
Pembukaan itu seiring dengan kebenaran yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada minggu ini.
Bagi memastikan suasana operasi berada di bawah kawalan pengurusan – hanya 2,500 pengunjung sahaja dibenarkan memasuki premis untuk satu masa. Kawalan ketat berdasarkan pematuhan SOP akan dilakukan dengan sebaikknya.
Meskipun operasi seperti biasa – namun kawalan garis panduan akan sentiasa dipatuhi tenaga kerja dan para pengunjung.
Berdasarkan krisis kewangan yang dihadapi Zoo Negara sebelum ini, sepanjang PKP sekitar RM11 juta telah diterima oleh pihak mereka daripada pelbagai pihak. Meliputi badan kerajaan, NGO, sukarelawan dan individu.
Sumbangan itu secara terus membantu melancarkan pengurusan Zoo Negara untuk bertahan dari segi agihan pembekalan makanan kepada haiwan terlibat.
Untuk makluman, Zoo Negara akan mulai 5 Mac (Jumaat) ini dan beroperasi pada jam 9 pagi sehingga 5 petang sahaja. Pengguna yang ingin hadir ke Zoo Negara disarankan mematuhi garis panduan dengan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan.