Difahamkan wujudnya permohonan kumpulan tertentu untuk menerima suntikan vaksin dengan lebih awal, mendahului kumpulan yang lain. Sekiranya terdapat individu yang tidak mengikuti giliran mengikut fasa kumpulan yang ditetapkan bagi penerimaan suntikan vaksin COVID-19, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 dan hukuman penjara sehingga 6 bulan.
Perkara ini akan dilampirkan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 mulai 11 Mac ini.
Makluman ini telah dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Dr. Adham Baba – di mana tindakan pelanggaran peraturan tersebut boleh mengakibatkan individu terlibat dikenakan penalti dan hukuman penjara dalam Akta 342, ataupun kedua-dua sekali.
Pada masa yang sama, Dr Adham turut menyatakan Sijil Vaksinasi Pintar kepada penerima suntikan vaksin akan diberikan dalam masa sebulan sahaja lagi. Ia bertujuan – berfungsi sebagai pengenalan khas untuk penerima suntikan vaksin.