Tidak lama lagi, jenama minuman Tealive akan menembusi pasaran Kemboja dengan merancang pembukaan 25 cawangan di negara tersebut dalam tempoh 5 tahun lagi.
Perancangan perluasan ini telah dilakukan bersama HSC Group iaitu syarikat makanan dan minuman di Kemboja – yang menguruskan jenama seperti Paris Baguette, Burger King, 100 Plus dan beberapa jenama lain. Loob Holding yang menerajui Tealive mengatakan perluasan ini secara langsung menjadikan Kemboja selaku pasaran kelapan untuk produk tersebut.
Untuk makluman, ketika ini Tealive telah pelopori pasaran di beberapa buah negara seperti Malaysia, Vietnam, Myanmar, Brunie, United Kingdom, Australia dan Filipina.
Melalui operasi – terdapat garapan norma baharu yang dilakukan oleh Tealive berhubung era pandemik ketika ini. Antaranya memperkasakan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai), menerima pesanan atas talian dan model pandu lalu.
Melalui kerjasama HSC, sudah pasti hubungan pasaran Tealive dapat diperluaskan pada peringkat negara lain – ini seiring dengan peningkatan budaya minuman teh dan kopi dalam kalangan golongan belia.