Artikel

AirAsia Perkenal ASEAN Unlimited – Penawaran Pas Penerbangan Tanpa Had

Bagi memastikan perjalanan udara dapat terus ke arah pemulihan AirAsia kini mulai menawarkan pas penerbangan tanpa had ASEAN Unlimited merangkumi perjalanan antarabangsa, domestik dan perkhidmatan penghantaran e-dagang di aplikasi mereka.

Bermula 3 Mac sehingga 8 Mac ini penawaran tersebut dapat dilakukan oleh semua ahli AirAsia BIG dengan harga RM599. Sementara itu, pengguna BigPay pula berpeluang menikmati tawaran diskaun sebanyak RM50 untuk pembelian pelan tersebut.

Apa yang lebih menarik, pemegang pas ini dapat menebus penerbangan tanpa had domestik di Malaysia dan antarabangsa di seluruh ASEAN (kod penerbangan AK) setelah sekatan perjalanan dibuka semula untuk tarikh bermula 17 Mac 2021 hingga 26 Mac 2022.

Manakala untuk beberapa ciri pas AirAsia yang lain juga turut akan diperkasakan seperti AirAsia Unlimetd Pass Cuti-Cuti Malaysia pula akan dilanjutkan dari 31 Mac hingga 30 Jun 2021 – untuk penebusan penerbangan tanpa had sekitar Malaysia.

Menurut Tony Fernandes, tindakan tawaran sedemikian dilihat suatu usaha kumpulan untuk memperkasakan sumbangan kepada sektor pelancongan, khususnya penerbangan.