Setakat 2 Mac 2021 – sekitar 53,287 individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk kumpulan fasa pertama.
Berdasarkan laporan, terdapat 4 negeri yang tertinggi memaparkan jumlah penerima suntikan – antaranya adalah Sarawak (9,373 penerima), Perak (5,714 penerima), Pahang (5,696 penerima) dan Kuala Lumpur (5,601 penerima).
Update as of 2359hrs 2 March. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Tm8PPHqrvT
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 3, 2021
Pelaporan harian pemberian dos pertama itu telah di kongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Untuk makluman, menerusi agihan program vaksinasi negara ini – secara tidak langsung dapat meningkat pemulihan pertumbuhan negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun kekal menyarankan orang ramai untuk sentiasa mematuhi garis panduan meskipun telah menerima suntikan vaksin COVID-19.