Artikel

Bakal Jemaah Haji Kini Diwajibkan Terima Vaksin COVID-19, Sebelum Menunaikan Ibadah Tersebut

Antara syarat utama bakal jemaah haji ketika ini adalah menerima suntikan vaksin COVID-19, sebelum menunaikan ibadah haji.

Menurut laporan Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi – Dr Tawfiq Al-Rabiah mengatakan syarat itu wajib dikenakan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Ternyata tindakan Kerajaan Arab Saudi ini adalah baik untuk memastikan kesejahteraan dan proses ibadah haji dapat dilakukan dengan lancar, tanpa mengugat kesihatan semua pihak.

Untuk makluman, tahun lalu Kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan jumlah jemaah kepada 1,000 orang sahaja untuk mengelak penularan berlaku.

Bagi program vaksinasi, Arab Saudi kini telah memeterai penerimaan suntikan dos vaksin melibatkan keluaran seperti Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Moderna.