Berikutan kebenaran rentas daerah yang dimaklumkan semalam, ia telah memberi kelegaan kepada semua pihak – khususnya sektor pelancongan.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Nancy Shukri mengatakan keputusan itu secara langsung dapat meningkatkan keyakinan pelancongan dan pemain industri untuk meneruskan operasi perniagaan mereka.
Berdasarkan perbincangan yang dilakukan bersama pemain industri adalah mengusulkan pasport khas untuk rakyat negara yang telah menerima vaksin COVID-19 bagi memudahkan perjalanan rentas daerah, negeri dilakukan oleh mereka.
Usaha itu dapat menyokong sektor perlancongan untuk memastikan persekitaran semasa daripada penularan pandemik COVID-19 dapat di atasi.
Antara yang turut terlibat dalam sesi perbincangan adalah Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions (MAATFA), Malaysia Retailers Association (MRA) dan Batu Road Retailers Association (BARRA).
Selain itu, MOTAC turut menyasarkan pelan jangka panjang pelancongan dengan melakukan tinjauan berhubung kemasukan kumpulan antarabangsa tertentu di Malaysia. Rancangan ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan negara.