Artikel

Pengenaan Kompaun Sehingga RM10,000 – Tertakluk Kepada Tahap Dan Pengulangan Kesalahan Sahaja

Berhubung pengenaan kompaun sehingga RM10,000 terhadap individu yang ingkar akan pematuhan SOP, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan pengenaan itu hanya tertakluk kepada tahap kesalahan dan pengulangan kesalahan yang dilakukan individu tertentu sahaja.

Tindakan pengenaan denda maksimum itu dilakukan bagi memberi peringatan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengambil mudah akan pengenaan denda sebelum ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri, perkara ini telah diperjelaskan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador – di mana sekiranya ada kalangan individu yang tidak memakai pelitup muka, atau tidak menjaga penjarakan fizikal, mereka tidak akan dikenakan denda maksimum sedemikian.

Sudah pasti, pihak polis akan menggunakan budi bicara mereka berhubung tahap kesalahan individu. Penetapan denda maksimum ini tidak akan membebankan semua pihak.

Selain individu, premis dan syarikat akan yang ingkar akan pematuhan SOP akan dikenakan denda sehingga RM50,000.

DS Ismail mengingatkan orang ramai untuk kekal mematuhi segala arahan meskipun berada di bawah PKPB. Kesedaran dan kerjasama semua pihak akan memudahkan lagi proses pemutusan rantaian COVID-19 negara.