Artikel

Hanya Perjalanan Rentas Daerah Sahaja Dibenarkan (Kecuali Sabah) – Majlis Keselamatan Negara

Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini telah membenarkan perjalanan rentas daerah dilakukan kepada semua negeri kecuali Sabah sahaja. Malah, bagi perjalanan rentas negeri pula masih tidak dibenarkan.

Kebenaran ini berikutan trend penurunan penularan kes COVID-19 yang telah dicatatkan oleh negara ketika ini. Peratusan kebolehjangkitan pandemik dilihat telah menurun, maka kelonggaran telah diberi untuk perjalanan rentas daerah.

Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) menegaskan pematuhan SOP perlulah dilaksanakan dengan ketat dan tertib oleh semua pihak. Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan perundangan akan dikenakan berdasarkan pengenaan di bawah Ordinan Darurat.

Kebenaran perjalanan rentas daerah ini juga adalah untuk memudahkan rutin rakyat negara memenuhi keperluan dan memperkasakan lagi operasi perniagaan yang telah mula diperluaskan pembukaannya.

Kerjasama semua pihak dalam mengamalkan pematuhan SOP diharap dapat dilakukan dengan baik, menerusi pematuhan yang baik Malaysia dapat mengekang penularan COVID-19.