Artikel

Malaysia Perlu Menguasai Teknologi, Sasarkan Pengeluaran Industri Untuk Pasaran Dunia

Sekiranya negara ingin meningkatkan daya saing pada nilai dagangan, seharusnya tumpuan tidak hanya pada kemasukan pelaburan asing ke Malaysia (FDI) sahaja. Penguasaan teknologi serta sasaran pengeluaran industri perlu dilaksanakan untuk pasaran dunia.

Perkara itu dikongsikan mantan Perdana Menteri negara, Tun Dr Mahathir pada anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) semalam (1 Mac).

Menurutnya, kebergantungan negara hanya pada pelaburan asing tidak akan menjamin kelebihan yang baik untuk negara – ini kerana penempatan pelaburan tidak menyokong sepenuhnya perkongsian teknologi bersama negara.

Pada acara itu Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menyatakan berhubung pemindahan teknologi – tinjauan telah dapati Malaysia cenderung berfungsi sebagai negara pengeluaran. Mengakui kenyataan itu, Tun Mahathir menjelaskan seharusnya pengurusan penyelidikan dan strategik di bentuk dalam negara untuk peringkat awal lagi bagi menjamin penguasaan teknologi Malaysia pada pasaran serantau.


Berdasarkan pengamatan ini – penulis melihat pembangunan pada ekosistem penyelidikan negara perlu dipertingkatkan. Ini kerana jaminan ekosistem yang lebih baik dapat meningkatkan keyakinan pasaran dunia pada kreadibiliti negara.

Tidak hanya penguasaan teknologi, namun penghasilan bakat baru negara turut dapat diwujudkan melalui pembangunan ekosistem untuk pasaran dunia.