Artikel

Mulai Mac Ini – Pembayar Cukai Boleh Mengemukakan Borang Nyata Pada Sistem e-Filing LHDN

Mulai semalam (1 Mac), para pembayar cukai kini boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 menerusi sistem e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, TF dan TP.

Individu yang perlu membayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing tersebut pada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada bahagian tetapan ciri MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

LHDN ketika ini menyasarkan tahun 2021 akan menerima sekitar 530,000 Borang E Tahun Saraan 2020 daripada majikan yang berdaftar. Manakala sekitar 3.27 juta Borang BE, B, BT, M dan MT akan diterima daripada individu yang memiliki rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 tahun 2020.

Para pembayar cukai disarankan untuk kemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan – sebarang kelewatan akan dikenakan penalti.

Ini adalah kriteria Pelepasan Cukai bagi Tahun Taksiran 2020, para pembayar cukai boleh merujuk kepada ciri di bawah:

Untuk individu yang mendaftar kali pertama, boleh mendapatkan nombor PIN pada kaunter cawangan LHDN berdekatan, atau memperolehinya secara atas talian menerusi Borang Maklum Balas di portal LHDN, ataupun layari pautan di bawah:

Sementara itu, perubahan kata laluan pada akaun yang sedia ada boleh dilakukan menerusi e-mel dan nombor telefon yang berdaftar bersama pihak LHDN.

Bagi sebarang maklumat lanjut, individu boleh menghubungi LHDN pada talian Hasil Care Line 03-8911000 (dalam negara), 603-89111100 (luar negara) dan melanjutkan pertanyaan pada kaunter berdekatan.