Artikel

Sentimen Positif Pelaburan Dapat Tingkatkan Peluang Pekerjaan Negara

Pertumbuhan negara kini menuju ke arah fasa pemulihan – di mana antara sektor yang memacu ke arah itu adalah sektor perkhidmatan dan pembuatan, yang menyumbang lebih 80% pada KDNK negara.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin unjuran positif ini turut didorong berdasarkan inisiatif penambahbaikan pada saluran dana, kelangsungan infrastruktur, pasaran buruh negara dan penurunan kadar inflasi. Kenyataan ini turut disokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Dorongan ini secara langsung dapat meningkatkan sentimen pelaburan pada negara. Usaha ini dilihat baik untuk pembangunan peluang pekerjaan negara, tanpa sedar ia membantu mengurangkan kadar pengangguran yang ketika ini berada di paras 4.8%.

Untuk makluman, pelaburan asing negara dilihat mulai memaparkan momentum positif – di mana mencatatkan peningkatan pada suku keempat 2020 sekitar RM6.1 bilion.

Tidak hanya itu, pengukuhan nilai mata wang Ringgit pada peringkat Asia Tenggara juga turut memberi nilai tambah positif kepada petunjuk ekonomi negara bagi jangka masa panjang.