Augustus Ralph Marshall kini telah diberi kepercayaan untuk menyandang kedudukan selaku Ketua Pegawai Eksekutif bagi pembangunan teknologi 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) -Syarikat Tujuan Khas (SPV).
Untuk makluman pengedaran spektrum teknologi 5G negara kini hanya akan dilaksanakan melalui SPV di bawah pemilikan Kementerian Kewangan (MOF), secara berpusat.
Lantikan Ralph Marshall ini dilihat berdasarkan pengalamannya pada Maxis. Ini akan menyumbang kepada pemahamannya pada pasaran rangkaian telekomunikasi.
Berdasarkan kenyataan media – SPV dijangka akan melabur sekitar RM15 bilion untuk tempoh 10 tahun bagi penerapan perkhidmatan 5G pada negara.
Model perkongsian infrastruktur di bawah SPV ini turut dijangka akan membolehkan syarikat telekomunikasi memberikan liputan 5G yang lebih luas dengan kos yang kompetitif kepada pengguna, sambil menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.
Perkara ini juga dapat meningkatkan lagi penghasilan produk negara pada peringkat inovasi.