Antara pihak lain yang turut diberi tumpuan ketika ini, sudah pasti adalah tenaga kerja asing. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menyedari masih terdapat segelintir syarikat pembinaan yang kurang berkemampuan untuk menampung kos ujian saringan ke atas pekerja mereka.
Oleh itu, peruntukan sekitar RM7 juta kini akan disediakan untuk membantu para pekerja asing menjalani rawatan tersebut. Untuk makluman – meskipun bantuan saringan di sokong oleh PERKESO namun untuk menjalani ujian tersebut, wang pendahuluan perlu ditanggung oleh majikan.
Bagaimanapun, tidak semua pihak mampu menanggung kos tersebut. Maka agihan dana bantuan ini dapat membantu dan mempercepatkan lagi proses pengesanan COVID-19.