Sepanjang setahun negara mendepani cabaran pandemik COVID-19, pebagai faktor telah dikesan dan diperolehi berdasarkan analisa data COVID-19.
Ternyata menerusi tinjauan itu, 10% daripada lokasi kluster COVID-19 telah menyumbang kepada lebih 85% kes positif COVID-19 di Malaysia.
Menerusi pengamatan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pendekatan yang lebih bersasar akan dilakukan ke atas lokasi-lokasi kluster jangkitan. Ini bermakna pelaksanaan kawalan yang lebih ketat akan dilakukan.
Tindakan itu berupaya mengekang penularan yang lebih besar kepada kawasan yang tidak berisiko.
Buat masa ini, pembukaan aktiviti ekonomi mulai dilakukan secara meluas namun ia tertakluk di bawah pengawasan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dan rapi. Berdasarkan sidang hari ini, penguatkuasaan SOP akan dipertingkatkan.
Bagi mana-mana pihak yang ingkar akan pelaksanaan tersebut akan dikenakan tindakan tegas oleh perundangan negara.
Kerjasama semua pihak perlu dilakukan – bagi memastikan kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negara kekal terjamin.