Artikel

Tindakan Kenaikan Nilai Kompaun Sehingga RM50,000 Terhadap Syarikat – Adalah Wajar

Pengumuman peningkatan nilai kompaun semalam telah mengejutkan ramai – berikutan nilainya mencecah puluhan ribu.

Namun Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara beranggapan tindakan kenaikan nilai kompaun terhadap syarikat pada kadar sehingga RM50,000 itu adalah wajar. Langkah itu berupaya memberi penegasan kepada pengusaha dan premis yang tidak bertanggungjawab yang enggan mematuhi garis panduan telah ditetapkan. Untuk membendung penularan kes positif COVID-19 lebih besar daripada berlaku.

Sementara itu, bagi pengenaan kompaun sehingga RM10,000 kepada individu yang ingkar pematuhan SOP PKP pula adalah dapat meningkatkan pematuhan orang awam terhadap undang-undang yang dilakukan.

Ini kerana masih terdapat individu yang mengulangi kesilapan yang sama, berhubung ingkar pematuhan garis panduan.

Tindakan itu hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Mac kelak, buat masa ini pengenaan kompaun masih pada nilai yang sama iaitu RM1,000. Peningkatkan kadar maksimum itu secara jelas untuk menyedarkan semua pihak bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah tegas, dan tidak boleh diambil mudah.