Sehingga pertengahan Februari ini – sejumlah RM13.53 bilion telah diperuntukkan di bawah 3 siri Program Subsidi Upah (PSU). Peruntukan ini ternyata memberi manfaat kepada 327,908 majikan dan pengekalan lebih 2.6 juta pekerjaan di Malaysia.
Usaha dana ini juga dilihat telah menjadi faktor menyokong penurunan kadar pengangguran ketika ini di paras 4.8% berbanding Mei 2020 yang mencatatkan kadar pengangguran di paras 5.3%.
Antara langkah lain yang dilihat turut akan membantu pertumbuhan negara adalah di bawah Penjana Kerja dengan peruntukan RM2 bilion, untuk menampung usaha itu.
Secara jelas usaha ini tidak hanya membantu mengekalkan kedudukan premis perniagaan, namun ia turut memperkasakan dan menyokong pertumbuhan sektor ekonomi negara ke arah pemulihan.