Artikel

Maybank Catat Untung Bersih RM6.48 Bilion – Sasar Inisiatif Digital Tingkatkan Prestasi

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 lalu, Malayan Banking Bhd (Maybank) kini telah mencatatkan keuntungan bersih pada RM6.48 bilion. Catatan ini dilihat lebih rendah berbanding tahun 2019 yang mencatatkan RM8.2 bilion.

Penurunan prestasi kewangan ini diteliti berikutan kesan pandemik COVDI-19 kepada negara – ia telah merosotkan nilai tambah pertumbuhan.

Angka ini secara langsung turut mempengaruhi nilai pendapatan kumpulan berkurangan kepada RM51.03 bilion. Berdasarkan pengamatan momentum ekonomi ketika ini, Maybank dijangka akan memperkenalkan beberapa inisiatif digital untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Tindakan itu akan dilakukan pada tahun ini.

Pada masa yang sama pihak Maybank masih optimis kadar dasar semalaman (OPR) akan kekal di paras 1.75% dan pengagihan vaksin bakal membantu menyokong pertumbuhan perbankan negara.