Artikel

Mulai 11 Mac, Individu Yang Ingkar PKP Akan Dikenakan Kompaun Sehingga RM10,000

Sebelum ini, pengenaan kompaun kepada individu yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pada kadar RM1,000. Namun kini, mulai 11 Mac 2021 – pengenaan kompaun terhadap individu boleh dikenakan sehingga RM10,000.

Sementara itu, bagi syarikat yang gagal mematuhi SOP PKP pula bakal dikenakan denda sehingga RM50,000.

Pengenaan denda kompaun ini telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri pernah mengatakan tidak hanya peningkatan nilai kompaun sahaja dilakukan – malah tindakan hukuman maksimum juga dikatakan akan menjadi lebih berat serta dinaikkan oleh perundangan negara.

Bagi makluman lanjut, para pembaca boleh meneliti pada pautan Ordinan Darurat ini: