Artikel

Kelonggaran Merentas Daerah, Negeri – Kini Diberi Kepada Ibu Bapa Yang Perlu Menghantar Pelajar Ke Sekolah

Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini mulai memberi kelonggaran kepada ibubapa yang perlu menghantar pelajar ke sekolah menerusi perjalanan rentas negeri dan daerah.

Ibubapa dan keluarga yang bertanggungjawab berbuat demikian tidak perlu memohon sebarang surat kebenaran dari pihak polis – hanya surat rasmi dari pihak sekolah sahaja, cukup memadai kebenaran perjalanan rentas tersebut.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri tindakan ini adalah untuk memudahkan proses perjalanan keluarga yang akan dilakukan mulai 1 Mac kelak. Pihak berkuasa memahami kesukaran segelintir keluarga berhubung jarak sekolah dari kediaman yang memerlukan perjalanan rentas daerah, negeri.

Bagaimanapun, kelonggaran yang diberi haruslah dimanfaatkan sebaiknya – dengan mengamalkan garis panduan kesihatan seperti yang telah ditetapkan. Pada pengumuman yang sama, operasi tadika serta taska turut mulai dibuka pada 1 Mac ini.

Kegagalan mematuhi SOP – individu akan dikenakan hukuman serta denda yang telah diselaraskan sebelum ini.