Sebelum ini, kedai serbaneka 7-Eleven terhad kepada menerima pembayaran melalui tunai, atau menggunakan dompet digital sahaja. Tetapi, kini dengan era norma baharu, perkara berkenaan mula berubah, dan pihak 7-Eleven Malaysia kini mengumumkan sokongan untuk menerima bayaran melalui kad kredit dan debit.
Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan pembayaran untuk pembelian di kedai serbaneka berkenaan dengan lebih mudah.
Sokongan pembayaran ini dikatakan telah diterima di semua kedai 7-Eleven di Semenanjung Malaysia, dan beberapa kedai terpilih di Sabah dan Sarawak.