Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini mengumumkan mmereka akan menutup semua cawangan KWSP lebih awal esok, iaitu pada pukul 2.30 petang, 26 Februari 2021.
KWSP menutup awal untuk tujuan aktiviti penyelenggaraan. Semua kaunter KWSP akan terjejas, termasuk kios KWSP dan juga aplikasi mudah-alih.
KWSP menyasarkan perkhidmatan untuk beroperasi seperti biasa selepas jam 4.00 petang 27 Februari 2021, iaitu pada petang Sabtu.