Sehingga kini sekitar 6,731 permohonan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada skim pembiayaan di bawah PENJANA telah diluluskan. Hasil permohonan tersebut meliputi jumlah peruntukan melebihi RM1.2 bilion.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Menteri Kewangan – Tengku Zafrul, di mana peruntukan skim pembiayaan tersebut adalah mengutamakan warga PKS sebelum ini yang tidak pernah menerima pinjaman daripada perbankan.
Usaha itu adalah untuk merancakkan semula pertumbuhan, di samping membantu menimbal balik kos operasi yang ditanggung oleh PKS disebabkan sekatan ketika ini.
Pada kenyataan yang sama, pembiayaan berjumlah RM57.1 juta juga turut disalurkan kepada 282 entiti sektor perlancongan bagi meningkatkan semula operasi mereka.
Tengku Zafrul menyifatkan agihan kewangan ini adalah tanggungjawab kerajaan bagi memastikan aliran pertumbuhan negara terus dapat dilaksanakan. Fasa pemulihan negara dilihat berada pada landasan yang tepat, seiring dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang meningkatkan lagi keyakinan pada pelaburan negara.
Meskipun Bank Dunia telah menyasarkan KDNK negara akan mengalami suntikan positif – penulis melihat langkah berwaspada perlu di ambil oleh kerajaan berhubung dasar fiskal dan perbelanjaan negara.
Ini kerana sentimen asas pertumbuhan negara adalah berpandukan kepada operasi perniagaan dan aliran perbelanjaan rakyat negara. Jika sentimen ini tidak dapat dirancakkan semula dan dibentuk untuk jangka masa panjang – ia akan menjejaskan usaha yang telah dilakukan ketika ini.