Artikel

Pelaksanaan 5G Secara Berpusat Cenderung Tingkatkan Risiko Pasaran, Perbelanjaan Modal – Fitch Solutions

Semua pihak sedia maklum, pengedaran spektrum teknologi 5G negara kini hanya akan dilaksanakan melalui Syarikat Bertujuan Khas (SPV) di bawah pemilikan Kementerian Kewangan (MOF), secara berpusat. Ini bermakna tiada bidaan hak spektrum dan infrastruktur 5G akan dilakukan seperti sebelum ini.

Tindakan itu dilihat mampu meningkatkan risiko kepada industri telekomunikasi dan meningkatkan lagi perbelanjaan modal pembangunan perkhidmatan.

Menurut pengamatan Fitch Solutions – agensi penarafan kredit, mengurangkan penglibatan sektor swasta pada bidaan pembangunan 5G akan menjejaskan kreadibiliti proses pasaran tender terbuka, seperti yang sedia diamalkan oleh pasaran Asia. Tanpa sedar ia akan mendorong kepada penyalahgunaan kuasa, sekiranya ia dihadkan.

Meskipun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi jaminan bahawa proses tersebut bersifat terbuka dan kompetatif – namun pemusatan spektrum 5G itu dilihat telah mengehadkan kapasiti pengendali swasta.

Pada masa yang sama, semakan ke atas catatan Skor Risiko Industri Telekomunikasi Malaysia juga telah diturunkan kepada 74.9 mata berbanding 85.6 mata sebelum ini dari keseluruhan 100 mata.

Penurunan skor yang lebih rendah ini jelas menunjukkan risiko yang lebih tinggi untuk pertumbuhan pasaran sektor telekomunikasi negara.