Artikel

Pembayaran Dividen Global Dijangka Meningkat 5% Pada Tahun Ini

Penularan pandemik COVID-19 nyata memberi sentimen negatif pada agihan dividen peringkat global. Berdasarkan Indeks Dividen Global, tahun lalu pemotongan sehingga RM889.04 bilion telah dicatatkan sepanjang April 2020 – Disember 2020.

Namun, bagi tahun ini pembayaran dividen global dijangka mencapai pemulihan dengan peningkatan 5%.

Untuk makluman dividen adalah pendapatan tunai yang akan diterima oleh pemegang saham serta pelabur. Perolehan kadar dividen ini tertakluk kepada polisi syarikat korporat dan prestasi pertumbuhan entiti tersebut.

Unjuran pemulihan ini dilakukan berikutan – kedudukan tunai yang semakin kukuh pada syarikat korporat dapat melaksanakan pembayaran dividen yang lebih baik. Malah tanggapan ini juga untuk mengembalikan semula pengurangan dividen yang berlaku pada tahun lalu.

Menurut laporan, sokongan perbankan juga dilihat dapat mendorong peningkatan pada pemulihan pembayaran dividen global ini. Perkara itu telah dilakukan oleh Bank Pusat Eropah, Bank England pada pemberi pinjaman bagi segmen dividen dan pembelian semula.

Bagaimanapun, penurunan dividen masih lagi berpotensi untuk berlaku berikutan situasi kesihatan semasa – yang mampu memberi kesan pada pertumbuhan ekonomi.