Memahami kesukaran kewangan yang dihadapi oleh golongan mudah terjejas serta pekerja upah harian – pembayaran fasa pertama bagi Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) kini akan diagihkan bermula hari ini (24 Februari).
Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara semalam.
Agihan tersebut akan dilakukan secara berperingkat untuk membantu rakyat negara, difahamkan fasa pertama sekitar 4.4 juta daripada 8.45 juta penerima akan terima RM300 untuk kategori isi rumah. Sementara itu 4.05 juta individu pula menerima RM150 untuk kategori bujang.
Ini adalah kelayakan dan jumlah bantuan yang akan diperolehi:
- Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (tiada anak atau 1 anak) – RM1,200
- Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (memiliki 2 atau lebih anak) – RM1,800
- Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM800
- Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM1,200
- Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM500
- Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM750
- Bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah – RM350
Peruntukan membabitkan RM1.93 bilion ini akan diagihkan menerusi transaksi bank – namun sekiranya penerima tidak memiliki akaun bank, bayaran akan diterima pada cawangan Bank Simpanan Nasional mulai Jumaat (26 Februari) ini.
Manakala untuk penerima Sabah dan Sarawak yang tidak memiliki akaun bank – pembayaran akan dilakukan bersama agihan wang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0), lokasi penerimaan tunai akan dimaklumkan kelak.