Artikel

Mulai Hari Ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Akan Dilaksanakan

Seperti yang umum ketahui, fasa pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini telah diperawalkan 2 hari iaitu kepada 24 Februari (hari ini) berbanding jadual terdahulu pada 26 Februari. Pada pelaksanaan program, semua pihak akan menyaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penerima pertama suntikan vaksin pada jam 2.30 petang kelak.

Perolehan bekalan dos vaksin Pfizer-BioNTech ini akan memperlihatkan lebih 500,000 kumpulan fasa pertama menerima suntikan – antaranya petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko.

Untuk fasa pertama – agihan tersebut akan dijalankan sehingga April 2021.

Ketika ini, 57.3% petugas kesihatan serta 42.7% petugas bahagian keselamatan telah mulai mendaftar pada perolehan suntikan vaksin COVID-19 ini. Proses suntikan tersebut akan diterima di Klinik Kesihatan yang terpilih, merangkumi 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah disenaraikan di seluruh Malaysia.

Selain PM Muhyiddin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham juga antara individu terawal yang turut menerima suntikan vaksin COVID-19 pada hari ini.