Jika sebelum ini terdapatnya penyebaran palsu berkenaan Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19, kini tidak lagi. Rakyat negara ketika ini boleh memuat turun borang persetujuan tersebut pada aplikasi MySejahtera.
Menerusi makluman kemaskini yang telah dilakukan pada aplikasi tersebut – terdapat beberapa perkara telah dinyatakan dan persoalan di lampirkan untuk pengisian orang awam.
Berdasarkan borang tersebut, meskipun persetujuan suntikan vaksin adalah tertakluk di bawah kesedaran individu namun Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 lalu telah mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah HARUS dan WAJIB diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Tindakan peringatan itu adalah untuk melindungi kumpulan yang berisiko tinggi berhubung penularan COVID-19.