Artikel

Penguasaan Malaysia Pada 65% Pasaran Sarung Tangan Dunia, Perlu Dikekalkan

Seperti yang umum ketahui, sejak tahun 1980-an pembabitan negara dalam penghasilan sarung tangan telahpun wujud. Bagaimanapun permintaan itu mulai meningkat pada awal tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19, ia secara tidak langsung telah menjadikan Malaysia antara pengeluar utama sarung tangan getah dengan penguasaan 65% pada pasaran dunia.

Untuk maklumat hasil eksport sarung tangan getah negara kini telah mencatatkan RM91 bilion dan dijangka kadar tersebut akan terus meningkat 30% sekiranya peningkatan eksosistem pada industri terlibat dapat dikembangkan.

Menurut Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan – jaminan perluasan itu akan disokong kerajaan kepada entiti korporat yang ingin turut serta. Selain itu, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan disasarkan akan terus meningkatkan lagi permintaan penghasilan produk tersebut. Pelaksanaan strategi akan dibentuk bagi memastikan kedudukan negara terus mengungguli carta pasaran.

Menerusi peningkatan ekosistem, pembangunan peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan aliran pertumbuhan negara dapat terus menerima manfaatnya pada pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar (GNI).