Ketidaktentuan pandemik secara jelas memberi impak yang besar buat industri kurier – di mana pada suku keempat berakhir 31 Disember 2020 lalu, Pos Malaysia kini mencatatkan kerugian bersih sekitar RM232.3 juta berbanding suku sebelumnya pada RM7.43 juta.
Penurunan ini menjadikan pendapatan suku sekadar RM544.6 juta berbanding pendapatan suku sebelumnya pada RM623.03 juta. Manakala pendapatan secara menyeluruh untuk tahun kewangan 2020 – Pos Malaysia mencatatkan RM2.33 bilion.
Berdasarkan pemerhatian, antara faktor mendorong penurunan ini adalah kesan perniagaan kurier antarabangsa yang terjejas disebabkan persaingan permintaan ketika COVID-19.
Melihat momentum itu, Pos Malaysia kini sedang merancang melakukan penambahbaikan pada keuntungan kumpulan tersebut – dengan meningkatkan prestasi digitalisasi serta segmen e-dagang.