Artikel

Malaysia Airlines Terima Suntikan Khazanah Bernilai RM3.6 Bilion – Tampung Kos Penstrukturan Semula

Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) kini akan menerima suntikan modal baharu yang bernilai sekitar RM3.6 bilion daripada Khazanah Nasional Bhd. MAG, kumpulan induk Malaysia Airlines itu akan dibiayai sepanjang penstrukturan semula sehingga 2025 kelak.

Meskipun memiliki lebih RM15 bilion liabiliti, Mahkamah Tinggi UK telah memberi kebenaran berhubung penyusunan semula syarikat tersebut.

Kebenaran itu merangkumi skim pengaturan di bawah 26 Akta Syarikat UK 2006 – melibatkan penyewaan MAG MAB Leasing LTD dan sebahagian pesawat MAG beroperasi selaku pemajak.

MAG mengatakan penyusunan semula struktur syarikat ini dilihat amat penting untuk operasi mereka berikutan tekanan kewangan yang dihadapi. Malah pihaknya menjangkakan pengurusan kewangan dijangka selesai pada awal Mac, melibatkan semua pihak berkepentingan utama kumpulan.

Suntikan dana itu juga secara terus dapat membuka peluang MAG untuk meningkatkan prestasi mereka sebagai kumpulan pelancongan global selaras dengan perancangan jangka masa panjang pada 2025 kelak.