Warga pendidik juga kini akan disenaraikan selaku penerima suntikan vaksin COVID-19 kumpulan pertama di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menyedari tugasan pendidik yang berdepan dengan risiko tinggi ketika melakukan sesi pengajaran – seramai 55,539 guru telah disenaraikan bagi agenda tersebut.
Senarai tersebut telah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk lanjutan seterusnya bersama senarai lebih 200,000 petugas barisan hadapan yang telah berdaftar untuk menerima suntikan vaksin.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin, senarai kumpulan pendidik ini akan diusahakan untuk menjadi antara kumpulan pertama yang turut serta pada suntikan vaksin COVID-19.
Pendedahan mereka terhadap kawasan awam bersama para pelajar dilihat wajar untuk diberi keutamaan. Perkara itu akan dicapai kesepakatan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin.
Antara kumpulan lain yang turut dipertimbangkan ketika ini adalah pengamal media yang dilihat turut terdedah akan risiko tinggi – susulan pendedahan mereka di tempat awam dalam menyampaikan maklumat antara rakyat dan kerajaan.
“Kami telah menerima data daripada @KemPendidikan yang menyenaraikan 55,539 guru yang berisiko tinggi (co-morbidity). Mereka ini akan diusahakan untuk diimunisasi dalam fasa pertama” – @Khairykj pic.twitter.com/6tBu11H1Ja
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) February 23, 2021