Duopharma Biotech Berhad kini memperlihatkan prestasi yang baik pada keseluruhan tahun kewangan 2020, di mana keuntungan bersih pada suku tahunan menunjukkan peningkatan RM16.19 juta berbanding tahun 2019 sekitar RM12.03 juta.
Ini bermakna keuntungan bersih secara menyeluruh tahun 2020 mencatatkan RM58.61 juta berbanding RM55.27 juta. Peningkatan di dorong beberapa segmen positif yang dilakukan. Antaranya adalah lanjutan perjanjian perdagangan Pembekalan dan Penghantaran Produk Insulin Manusia kepada kerajaan dalam tempoh setahun – dengan nilai RM19.62 juta.
Tidak hanya itu, perjanjian pembekalan produk farmaseutikal kepada hospital, klinik dan kemudahan di bawah Kerajaan Malaysia juga turut mendorong peningkatan prestasi kumpulan.
Selain itu, Duopharma juga telah memeterai kerjasama berhubung pembekalan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya.
Berdasarkan perkembangan itu, sekiranya kerjasama pembekalan vaksin berjaya dilaksanakan – ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan 2021 kelak.