Artikel

Wise Kini Perluaskan Ciri Pemindahan Tunai Kepada Pekerja Asing Di Malaysia

Berdasarkan tinjauan, 50% rakyat Malaysia lebih memilih penjimatan kos pada kaedah pengiriman wang. Memahami permintaan itu, semua pelanggan TransferWise kini boleh menggunakan perkhidmatan transaksi kewangan mereka dengan penjimatan yang lebih tinggi.

Tidak hanya rakyat negara, pekerja asing di Malaysia juga turut memiliki akses yang sama dalam menggunakan perkhidmatan pemindahan kewangan kepada perbankan atau dompet digital.

Kenyataan itu telah di maklumkan oleh TransferWise pada sambutan ulang tahun ke 10 TransferWise pada hari ini (22 Februari). Bersempena dengan itu pihaknya kini telah mengumumkan penjenamaan semula entitinya kepada Wise. Pada masa yang sama ia turut mengumumkan pelantikan Lim Paik Wan selaku Pengurus Negara baharu.

Untuk makluman, sehingga kini sekitar RM25.2 bilion uruniaga transaksi telah dilakukan setiap bulan oleh Wise bersama perbankan antarabangsa dalam memenuhi permintaan hampir 10 juta pelanggannya.