Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga 15 Februari kini memaparkan peningkatan dengan jumlah RM443.68 bilion (AS$109 bilion) berbanding sebelum ini pada 15 Januari iaitu RM436.10 bilion (AS$107.8 bilion).
Data Kementerian Kewangan ini secara jelas menunjukkan peningkatan dana melebihi RM7 bilion.
Untuk makluman kedudukan rizab ini memperlihatkan kemampuan mencukupi membiayai 8.6 bulan import tertangguh serta 1.2 kali hutang negeri bagi jangka masa pendek.
Bagaimanapun, rizab ini tidak akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan mahupun pakej rangsangan ekonomi berhubung situasi semasa, COVID-19 yang sedang berlaku.