Artikel

80% Penularan COVID-19 Berpunca Di Tempat Bekerja – Selangor Sasar Penerapan POIS Tangani Isu Ini

Menyedari kenyataan itu, Selangor kini sedang memperkasakan Program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS)- iaitu memberi fokus kepada pengurangan kes khususnya di bahagian perkilangan serta perindustrian.

Sasaran tersebut meliputi penurunan 50% kadar jangkitan pandemik di tempat bekerja. Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Amirudin Shari – penerapan program POIS ini dilihat mampu mengurangkan lagi kadar pengangguran yang berlaku.

Antara usaha yang dipergiatkan menerusi POIS adalah pemantaun secara berkala ke atas perjalanan pekerja akan dilakukan. Tindakan itu memerlukan kerjasama pematuhan garis panduan antara majikan dan pekerja.

Setakat ini, kerajaan negeri tidak mewajibkan pendaftaran majikan pada inisiatif tersebut – ia lebih kepada bersifat sukarela. Bagaimanapun penyelarasan secara menyeluruh akan dilakukan tidak lama lagi.

Untuk makluman, pelaksanaan POIS ini merangkumi kerjasama antara pemain industri seperti Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, bahagaian kesihatan negeri dan beberapa pihak yang lain. Bagi makluman lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi SELANGKAH pada Google Play dan App Store.