Artikel

Pelaksanaan PKPB, PKPP Perlu Dimanfaatkan Sebaiknya – Bagi Pertumbuhan Pelancongan Setempat

Kelonggaran pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) dan Pemulihan (PKPP) negara dilihat perlu di manfaatkan sebaiknya oleh semua pihak. Khususnya dalam meningkatkan semula aktiviti pelancongan domestik negara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyatakan aktiviti perniagaan pelancongan masih dapat diteruskan meskipun berada di bawah garis panduan yang ketat.

Pematuhan yang seimbang dapat menjamin peningkatan aliran pertumbuhan negara. Antara aktiviti yang kini boleh dilakukan adalah pembukaan taman reakreasi, muzium, pementasan pusat budaya, zoo dan akuarium. Pembukaan pada kapasiti sehingga 50% dilihat mampu membantu kelangsungan premis tersebut.

Maka, bagi menjamin  langkah sedemikian dapat diteruskan dengan baik – semua pihak diingatkan untuk sentiasa mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk makluman penetapan kelonggaran ini telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada minggu lalu.

Kebenaran tersebut dilihat mampu membantu pertumbuhan negara dan memberi kemudahan pergerakan kepada rakyat Malaysia.