Navis Capital Partners ketika ini diperkatakan sedang memperhatikan penjualan rangkaian pasaraya premium di Malaysia, yang bernilai sekitar RM1 bilion. Berdasarkan sumber, tindakan itu meliputi pasaraya Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer (B.I.G) di bawah The Food Purveyor Sdn Bhd.
Menurut laporan Bloomberg, firma Navis Capital Partner yang memiliki saham majoriti pada entiti The Food Purveyor itu telah meminta pihak bank mengemukakan cadangan potensi penjualan di bawah syarikat terbabit.
Langkah penjualan pasaraya premium ini dilihat seiring dengan peningkatan sektor ini ketika pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, setakat ini kedua-dua pihak masih tidak mengesahkan perancangan tersebut.