Artikel

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Akan Dilaksanakan Lebih Awal, Mulai 24 Februari Ini – KJ

Hari ini (21 Februari) adalah hari yang cukup bermakna buat negara berikutan perolehan bekalan pertama vaksin COVID-19, iaitu Pfizer-BioNTech.

Apa yang lebih menarik, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin kini memaklumkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan diperawalkan kepada tarikh 24 Februari ini, dan ia tidak seperti yang dijadualkan pada 26 Februari sebelum ini.

Menerusi kenyataan itu juga, Khairy memaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.