Pada sidang pengumuman Kementerian Pendidikan Negara (KPN) hari ini (19 Februari) terdapat beberapa penjelasan berhubung pembukaan sekolah bermula 1 Mac ini.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin terdapat beberapa pengasingan berhubung pembukaan sekolah – di mana mulai 1 Mac ini hanya murid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 dibenarkan hadir ke sekolah. Tindakan ini kerana untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkenaan penerapan sekolah norma baharu. Pemahaman yang lebih awal dikhususkan untuk murid terlibat supaya mereka lebih selesa.
Manakala bagi murid Tahun 3 hingga Tahun 6 – pembukaan sekolah akan dilakukan pada 8 Mac ini. Sementara itu, untuk sekolah menengah pula, sekolah akan dibuka pada 4 dan 5 April 2021 kelak. Setelah cuti penggal tamat.
Berhubung persoalan sekolah swasta, KPN menjelaskan pelaksanaannya sama seperti sekolah kerajaan. KPN turut menegaskan penerapan SOP yang sangat ketat telah digariskan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Memahami kerisauan ibubapa serta keluarga, pihak KPN memberi jaminan pemantauan dan pengesanan simptom COVID-19 akan diteliti dengan sebaiknya.
Penyediaan bilik pengawasan turut dilakukan sekiranya terdapat pengesanan ketika kemasukan para pelajar kelak.