Artikel

Harga Minyak Petrol Papar Kenaikan – RON95, RON97 Naik 4 Sen

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara minggu hadapan, ia memaparkan peningkatan.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 20 Februari 2021 hingga 26 Februari 2021.

RON95 dan RON97 naik 4 sen dengan catatan masing-masing RM2.00 sen seliter, RM2.30 sen seliter.

Diesel pula kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.